dengan
perasaan.
Jika anda meletakkan sesuatu
perhubungan
berdasarkan
perasaan, ianya akan gagalkerana
perasaan sentiasa
berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia
terdapat hampir 6
billion manusia dengan 6 billion
personaliti. Dia
sememangnya seorang yang istimewa dan
biarkan ianya
kekal begitu. Jangan sesekali terfikir
untuk mengubah
apa-apa tentang dia kerana sekali anda
mengubah,
selamanya anda akan terus mengubah
dirinya. Tentu anda
masih ingat, anda terpikat padanya
kerana dia adalah
dia. Maka, tiada alasan untuk anda
mengubah dia untuk
menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah
banyak bekorban untuk anda. Dengan
kelebihan yang ada
padanya, dia berpeluang untuk menjalin
hubungan dengan
seseorang yang lebih sempurna tapi demi
cinta, dia
telah memilih diri anda. Maka, jangan
sesekali cuba
untuk mempermain-mainkan keluhuran
cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia.
Jangan anda
merayu dan jangan mencipta alasan
supaya
dia menerima
cinta anda kerana kelak, yang anda akan
dapat darinya
hanyalah cinta simpati dan bukannya
cinta setulus
hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan
dia. Dia
adalah satu-satunya di dunia ini dan
jangan
mengharapkan kesempurnaan dari dia
kerana dia telahpun
cukup sempurna semenjak anda mula
terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa
bersangka baik
padanya jika kita juga mahukan sebegitu
darinya.
Pastikan anda akan sentiasa meletakkan
diri anda di
tempatnya sebelum melakukan apa-apa.
Jika anda sendiri
tidak dapat menerimanya, apatah lagi
dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk
selama-lamanya
kerana selama-lamanya bagi anda mungkin
akan berakhir
keesokkan harinya, tapi berjanjilah
untuk menyayangi
dirinya seolah-olah setiap hari itu
adalah hari yang
terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti
memberi hati anda
kepadanya untuk dilukai tapi
kepercayaan
itu penting.
Percayalah kepadanya, nescaya dia akan
melindunginya
sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia
tanpa sebarang
alasan. Dia bukan hanya akan setakat
menangis kecewa
dan kemudiannya meneruskan hidup
seperti
biasa,
ketahuilah bahawa jiwanya akan mati
secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri
anda, memenangi
hatinya bukanlah satu kejayaan yang
mutlak tetapi
anugerah itu hanya layak anda perolehi
setelah anda
berjaya menyayanginya sehingga ke akhir
hayat.
Ketahuilah, dia memilih anda adalah
kerana dia percaya
bahawa anda adalah seorang yang jujur
dan akan
menepati janji. Anda telah bersusah
payah dan berusaha
sedaya upaya untuk memenangi cintanya,
maka dengan itu
haruslah juga anda berusaha untuk terus
menyintai
dirinya dengan apa jua keadaan
sekalipun
* * *